Tuesday, 17 January 2012

BBQ 2D1N Janda Baik

Bumi Hijau ini memang AMAT menenangkan. Buktinya....
Bertambah-tambah la tenang bila ada...
Air sungai yang jernih, sejuk plak tu.
Kat mana lagi kalau tak di Zaini Guest House Janda Baik Bentong, memang terbaik.

The story begin......

Eyh! Tetiba aku BLUR camne nak start cerita ni. Tengah kering idea ni. ok, ok, relaks mama ucop, ko bukan kena jawab periksa pon. ko cume kena tekan keyboard ko, buat ayat sempoi-sempoi, itu je.

Kalau bukan sebab Ijan dan Hana a.k.a 'menantu' aku tu buat choice nak tidur kat khemah mesti aku tak dapat join pegi BBQ kat sini. Hihihi, baikkan dorang..
Nilah muka 'dorang' tu...jangan pelik plak kenapa dorang pakai macam ni, sibuk nak pergi terjun kat sungai betul-betul sebelah chalet aku tapi sebelum terjun dorang menyibukkan diri dekat 'open dapur' dulu. Asal aku bagi nama open dapur, dah memang dapur tu kat luar pon, complete... siap ngan peti ais lagi.

Trip kali ni, aku bawak mak aku sekali, member-member opis aku semua sporting, so dorang tak kesah pon sesape ikut, asal ko bayar mana yang patut, kira ok la.(Tapi mana aku tau dorang tak kesah hah, suka hati ko je hihihihi)
ha...nilah mak aku dengan cucu kesayangan dia(ceh, budget anak ko 'kesayangan' plak, perasan je mama ko ni ucop hihihihi) dan kat belakang tu, tempat family aku tidur, privacy chalet. Yang privacy ni harga dia untuk 1 malam dalam RM60 tapi chalet yang satu ni agak jauh sikit dari yang lain-lain, dah nama privacy kan. Toilet die yang kat belakang tu (sila rujuk gambar di atas), buat dengan buluh lagi dan aku ada pesanan untuk owner chalet ni.

"Sila betulkan buluh-buluh yang tertanggal itu supaya bilik air itu dia berlubang lagi"

Hahaha, kerek tak aku? Tapi sebenarnya thrill je bila bilik air berlobang-lobang ni ngeh3x. Siang tak bole pakai tapi malam..LINE CLEAR hahahahaha. So kalau nak tidur pakai kelambu, boleh mintak, takde kena bayar pon, sebab tu complimentary. Untuk sesiapa yang nak pegi kat sini lepas ni, dinasihatkan membawa ubat nyamuk elektrik (kenapa elektrik?) Kan chalet tu kayu, kang kalau terbakar sapa yang susah??? Pepandailah jawab. Nyamuk tak banyak ada dalam 2-3 ekor je hihihihi.

Malam tu, kitaorang buat BBQ, semua ada, lamb bbq, chicken bbq, fish bbq, shell bbq...memang sedaplah, wife HEZRUL yang marinate sume-sume ni. Ulps, baru teringat nak mintak resepi...!!! tetibe je aku ni.....


Air asam tu plak, Adzad yang buat, Adzad bukan perempuan tau tapi lelaki..hihihi, ayah pada 3 orang anak yang comel-comel belaka. Bertambah sedap sebab siap ada yang masak nasi lagi tu, satu periuk masak nasi, dah macam kenduri aku rasa. Erm...aku? Aku buat apa lagi, mestilah aku buat makanan habis masuk dalam perut. 
Nampak tak? tu lah aku yang aku buat...hehehe, padahal tu aku berlakon je, kalau aku yang ukur air nasi ni, entah apa jadi nanti ngan nasi ni, nasib baik ada dua orang kakak-kakak yang sporting ni. Memang terbaekkkkkkkk.......

View kat sini, wow..hijaunya
 Hijau je sekeliling kitaorang tu. Tak puas hati, nak tengok lagi, ada..ada..jap eyh....



 
Memang cantikkan (bagi sesape yang suka suasana-suasana ala-ala kampung), kampung yang sangat pure kan. Memang BEST... rasa macam tak nak balik je...

Tapi kena jugak balik, sebelum balik, makan dan mandi dulu...

 Happy sangat kat sini, dan Alhamdulillah trip ni berjaya..yeahhhhhhhhh!!!!! Next time buat lagi tau.
Masa ni kitaorang tengah packing nak balik dan ijan sempat jenguk ucop kat tingkap, dia baru naik la tu, nampak tak ijan tengah basah lencun... Kat luar tu ada sungai tapi dalam gambar ni tak jelas la plak..hihihi
 Sempat lagi tu nak tunjuk katil dalam chalet aku ni, simple je.....nilah tempat tido ucop ngan nenek dia.
Dah siap packing da. Jom balik........(",) (",) (",)
14-15 Jan 2012
~Adios~

My Stick Family from WiddlyTinks.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...