Wednesday, 7 March 2012

Masak PAPRIK CAMPUR

Memandangkan mama ucop ni 
sangat..sangat..sangat..
suka yang mudah, yang cepat dan yang senang
So..
Semalam aku pilih untuk masak paprik
padahal ko tu P.E.M.A.L.A.S
ahaks!
Syhhh..senyap..senyap sudah lah...
 
Bukak peti ais
ada daging, udang ngan sotong
eyh ikan kulit besi yang beli 3 minggu lepas pon ada lagi
(hihihi, nampak sangat ko jarang masak kan)
Tapi sayang lak nak buang ikan ni
Simpan dulu

Apesal tetibe nak cite pasal ikan lak ni
Kita nak cite pasal paprik ok

Bagi aku yang penting
Untuk paprik jadi sedap
hingga menjilat mangkuk
kene cukup bahan-bahan untuk sos dia

Inilah antara bahan-bahan yang aku guna untuk sos paprik


Cili Puteri (2 sudu)-kalau suka pedas bagi lebih sikit cili giling ni)
Cili Sos (2-3 sudu)
Soso Tiram (1 sudu)
Kicap Manis (2 sudu)

(gambar untuk bahan-bahan tambahan aku dah ter'delete')
ntah macam mana aku ter'delete'
Aku pon tak sedar
ker ader orang sabotaj ni
(mata jeling kat papa ucop) hihihii
takde kene mengena

Ok-ok kita teruskan..untuk bahan-bahan tambahan
Halia (Aku tumbuk acah-acah je)
Serai (pon tumbuk memain gak)
Cili padi (pon sama, tumboh macam halia & serai)
Kacang buncis (aku suka kacang buncis lagi, kalau nak guna kacang panjang pon boleh)
Bawang Holland
Daun Limau Purut
Garam (secukup rasa)

Bahan utama plak


Sotong
Udang
Daging
(bahan utama ni terpulang nak letak apa pon)

Cara masak PAPRIK
1. Tumiskan  halia sampai naik bau
2. Masukkan campuran sos paprik tadi (tumis sampai naik minyak)
3.Campurkan air sikit
4. Masukkan daging dan kacau sekejap
5. Bila daging dah empuk, masukkan udang ngan sotong
6. Masukkan semua bahan-bahan tambahan
8. Tutup bila tengok kuah dah likat sikit.


In 5 minutes, Paprik campur ready to serve...bon appetite (",)





My Stick Family from WiddlyTinks.com

3 comments:

Boni JLL3 said...

adoiyai....sangat2 menyelerakan....

l.e.e.a.a.n.w.o.n said...

Ngeh3...mkn ngn ns putih ngn telur dadar. wow!!!!!

Boni JLL3 said...

adoi..tu ler pasalnya...wah..nak cari lauk,lauk da habis plak malam2 buta ni..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...