Wednesday, 13 June 2012

Sushi...

Saya cintakan SUSHI.... Sememangnya SUSHI makanan ruji saya. Amboi..lupa diri..lempang laju-laju kang...hihihi... padahal makan nasi berpinggan-pinggan siap dengan sambal belacan bersudu-sudu...bila sudah makan siap jilat jari bekas belacan tadi..ada hati nak ngaku SUSHI makanan ruji..puihhhh... tu la budget korean-japanese padahal banjares-javanese....(terus sorok muka dalam baju) maluuuuuuuuu......

Tapi..tapi..tapi... aku memang sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee makan SUSHI.... tapi takdelah sampai jadi makanan ruji. Kembung perut aku kalau isi dengan SUSHI je satu hari. Nickname mmg bunyi-bunyi korean-japan tapi serius aku ni tekak melayu, kalo tengok muka lagi lah.... banjar sangat hahahahaha..

Selalu aku lepak makan dekat SUSHI KING la..kat tempat lain aku tak pernah try. Itupon bila gaji masuk je aku datang sana kalau idak..beli SUSHI Jusco jer la jawabnye...pegi dekat-dekat jam 10pm, nah kau! sekali jusco bagi diskaun 50%, berbakul boleh beli SUSHI kahkahkah.

Macam mana aku boleh terjebak dengan SUSHI ni, seingat aku member aku YANTI yang kenalkan. Siap dia belanja aku ngan member lagi sorang nama REEN. Tapi masa tu aku kan baru kuar dari kampung, so.... jakun sangat hokey. Siap buat-buat geli tekak lagi masa tu. Poyo kan. First time katakan. Lepas tu, kena pulak rezeki aku, aku dapat member ofis yang pemurah, JUITA dan CARMELITA, rasa macam banyak kali jugak belanja aku SUSHI. Thank You So Much Korang, meh..meh...aku nak hug...(poyo melanda lagi).

Jom layan sushi..eyh bukannn...gambar sushi...teee...heeee ^_____^

CALIFORNIA MAKI

Kecur air liur aku. Sedap ni, yang biji-biji merah tu, telur ikan, yang dalam tu telur, ketam, timun dan seaweed. yummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

GOLDEN BALL
Wahhhhhhhh, ade telur, ketam..siap dengan mayonese... yang ni pon yummy jugak...aku memang wajib makan yang ni, kalau takde kat atas convoyer tu, MESTI dan WAJIB aku order. Korang try tau.

TORI  KARAGE 
Sape-sape yang suka makan ayam, aku suggest yang ni, ade chicken slice garing plus mayonese...rasa mabeles..hihihi...

SMOKED SALMON
Alamak, soli wo!!! masa ni ucop cuba rebut hp mama dia, tu yang gegar sampai kelabu gamba..hihihihi...salahkan ucop padahal tangan tu parkinson..bluwek. Sedap la wei Salmon ni, also should try this. Berbaloi-baloi. Daging ikan manis rasa dia. Aku sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

Alamak,  gambar dah takde, aku terlupa nak amik gamba SUSHI (UNAGI SLICE), the most favourite sushi, nanti kalau aku dapat snap, aku attach kat sini ye kawan-kawan. Ok, aku chow dulu. SELAMAT MAKAN SUSHI.





My Stick Family from WiddlyTinks.com

1 comment:

Boni JLL3 said...

wow!! awak boleh makan sushi??? saya langsung tak boleh nak masuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...